Sunday, November 21, 2010

cuti sekolah bermula

emmm...selamat malam semua...selamat bercuti kepada guru-guru seluruh Malaysia...ops tapi belum cuti kan... guru-guru ni kena stay seminggu di sekolah sebelum boleh bercuti itu belum lagi campur yang kursus... dan sebelum murid-murid naik sekolah nanti kami kena naik dulu...itu belum campur kemas kelas lah cat kelas dan macam-macam lagi...emmm itulah pengorbanan seorang guru ...walaubagaimana pun kami tetap komitmen demi anak bangsa ...

oh, malam ni nak cerita sikit tentang permohonan pindah sekolah aku yang telah berjaya...Allhamdulliilllah.... dekat sikiti dengan rumah dan tak perlu tunggu anak ku bersekolah agama....selalunya aku balik dekat pukul empat kerana menunggu anak ku balik sekolah agama...masa tu agak terhad untuk stay di rumah ....so terpaksa juga berpindah sekolah walaupun hati ku berat...apakan daya aku insan yang lemah ada kelemahan sendiri dan tak kuat untuk menempuh dugaan yang sedikit itu....eh apa lah pulak...so harap sekolah baru nanti memberi seribu kemanisan dalam hidup aku...InsyaAllah