Sunday, February 22, 2009

Kenangan 1997-1998

Hai... malam ni saja bosan buat asigment... so dok syok scan buku.. . jumpa pulak kad asrama ni... zaman aku sekolah form 4/5... masih cantik lagi kad ni... ini jerlah kenang-kenangan ... Kelakar jer tengok muka dulu2... Tapi zaman tu memang seronok sangat tak lah macam sekarang ni tension banyak sangat kerja... dekat sekolah ... dulu belajar dekat sekolah cikgu yang banyak kerja .. tapi sekarang aku pun dah join cikgu2 aku dulu... sibuk jugak... Itulah berkorban apa saja... cikgu ni memang lilin... tapi aku berdoa jerlah... semoga apa yang dikorbankan ini dapat keberkatan dunia dan akhirat... memang dunia teruk sikit tapi kita tak tahu apa yang mungkin kita akan terima di akhirat kelak.. yerlah manalah tahu anak2 murid kita tu selalu doakan kita... terkenangkan jasa2 yang dah kita bagi pada diaorang macam aku ni tetiba jer teringatkan cikgu2 kat SMVK.. Semua cikgu2 aku memang best... Tapi tak tahulah pulak tahap ketensionan mereka masa ajar aku... Well i love u all my teacher...Sayang SOKMO...

Thursday, February 19, 2009

Tiga produk pelangsing beracun


PUTRAJAYA: Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan membatalkan pendaftaran tiga produk tradisional pelangsingan badan kerana dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Eisah A. Rahman, berkata produk terbabit ialah Slimway Herbs, BMI-9 Xylimming Day Capsule dan BMI-9 Xylimming Night Capsule.

Katanya, penggunaan Sibutramine tidak dibenarkan dalam ubat tradisional kerana bahan itu hanya boleh dibekalkan menerusi nasihat doktor.





Takut juga baca berita ni.... aku pun ada ambil jamu ni... he he he

Sunday, February 15, 2009

Ubat Batuk...

Wah...tinggal 2 minggu jerlagi nak hantar assigment ... aduh... aku tak pernah lah pulak wat kerja last minit cam ni... 3 assigment nak siapkan dalam masa dua minggu... sempat ker... dah lah tak lama lagi nak ujian sekolah... kena wat soalan siap ngan JSU pulak tu... aduh... peninglah...
Ish aku dah cuba bahagikan masa... tapi tak jadi juga... Nampaknya kena planning lagi lah... Bagi cantik dan teratur sikit... Masalahnya aku pun tak bape sihat... dah 3 minggu batuk tak baik-baik... Penyakit apa pulak agaknya... Tapi yang paling best pergi klinik kena RM75 ... ubat batuk, antibiotik, ubat sakit tekak... tapi ubat tu untuk 4 hari jer... Pun tak baik juga... Ingat ubat mahal cepat sembuh... Takperlah aku dah penat nak pergi klinik masuk ni dah 3 klinik aku pergi nampaknya kena guna cara lama jugak... minum air asam jawa dengan perah limau... manale tahu menjadi...

Wednesday, February 4, 2009

KURSUS MENULIS SURAT RASMI

Hari ini aku balik lambat dekat pukul lima . Ada Kursus Penulisan Surat Rasmi. Walaupun selama ni kami satu sekolah dah biasa buat surat tapi sebenarnya kita tak tahu cara penulisan yang betul-betul ikut format dan pekeliling. Bila belajar sesuatu yang baru rasa banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Itu dah jadi perkara biasa. Bila kita menuntut ilmu maka banyak perkara yang baru kita pelajari sedangkan ada di antara perkara-perkara itu kita pernah pelajari. Jadi aku beranggapan bahawa proses pembelajaran itu harus diteruskan sampai bila-bila. Betullah, kita memang perlu menuntut ilmu sampai ke Negeri China. Aku rasa sangat bertanggung jawab pada semua guru-guru bahasa di sekolah aku atas ilmu yang masih banyak perlu ditimba. Jadi , aku sendiri perlulah berilmu kerana aku seorang KP. Hari ini aku sangat berpuas hati dengan kursus yang aku uruskan . Bagi aku satu permulaan yang baik dan aku berjaya menjalankan tugasan yang diberikan oleh BOS. Penat memang penat tapi bila perkara yang dirancang dapat berjalan dengan baik penat akan hilang sendiri.

BAHASA JIWA BANGSA...

Tuesday, February 3, 2009

BOIKOT


cartoon kegemaran anak-anak aku...Biasanyer baju ., botol susu.. apa-apa jer lah ada kartoon ni tapi sekarang dah tukar
... he he anak-anak pun macam paham pulak boikot ni... so sekarang aku kena cari barang-barang yang ada Upin dan Ipin pulak lah... tapi last week dah belikan baju tido untuk diaorang ...

Monday, February 2, 2009

Pergi Memancing satu family


Cuti Tahun Baru Cina kami pergi memancing dekat Sungai Melayu... dekat sangat dengan sekolah abah... Seronok sangat ... budak2 pun suka... Arina and Alia bukan main lagi bergaya pegang joran... Tapi yang paling besat joran mama jugak naik ikan dulu... Tapi ada jugak yang tak besat asyik naik ikan buntal jer... tapi sesi hari tu mamalah terror joran mama asyik dapat ikan jer... Peh .. bengang jer abah... Baru dia tahu mama ni pun terror mancing , cuma malas tunjuk skill jer...he he... Lepas ni tunggulah dia asal dia bawak joran jer semua mesti nak ikut punyer....he he he