Thursday, November 25, 2010

JUALAN CUTI SEKOLAH


jom singgah blog arina ada jualan sempena cuti sekolahhttp://arinafauzi.blogspot.com/

Sunday, November 21, 2010

cuti sekolah bermula

emmm...selamat malam semua...selamat bercuti kepada guru-guru seluruh Malaysia...ops tapi belum cuti kan... guru-guru ni kena stay seminggu di sekolah sebelum boleh bercuti itu belum lagi campur yang kursus... dan sebelum murid-murid naik sekolah nanti kami kena naik dulu...itu belum campur kemas kelas lah cat kelas dan macam-macam lagi...emmm itulah pengorbanan seorang guru ...walaubagaimana pun kami tetap komitmen demi anak bangsa ...

oh, malam ni nak cerita sikit tentang permohonan pindah sekolah aku yang telah berjaya...Allhamdulliilllah.... dekat sikiti dengan rumah dan tak perlu tunggu anak ku bersekolah agama....selalunya aku balik dekat pukul empat kerana menunggu anak ku balik sekolah agama...masa tu agak terhad untuk stay di rumah ....so terpaksa juga berpindah sekolah walaupun hati ku berat...apakan daya aku insan yang lemah ada kelemahan sendiri dan tak kuat untuk menempuh dugaan yang sedikit itu....eh apa lah pulak...so harap sekolah baru nanti memberi seribu kemanisan dalam hidup aku...InsyaAllah

Sunday, November 7, 2010

ARDINI KU SAYANG

Saya masih belum ada perasaan untuk menulis apa-apa artikel berikutan kesibukan di sekolah yang masih belum habis...semakin tahun 2010 sampai ke penghujung begitulah kami guru-guru terlalu sibuk untuk menghabiskan kerja-kerja 2010... pun begitu kerja-kerja 2011 telah menanti penglibatan kami...




sungguh begitu asyik perjalanan kerja seorang guru... terburu-buru, updated, dan semuanya mesti under dot... oh...pun begitu aku bersyukur aku masih dipanggil guru sehingga dan saat ini... begitu juga aku bersyukur kerana Arina mendapat 5A untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ini setelah puas ku piat-piat telinganya ...




aku cuma ingin dia belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik tidak kira apa juga peperiksaan yang diambil...


Dan ini aku titipkan foto-foto terbaru Ardini ku sayang...sekarang telah berusia 6 bulan ... Alhamdullillah dia semakin aktif dan sihat...syukron terima kasih atas doa kalian sahabat-sahabat blogger yang dihormati...





>


>