Wednesday, February 4, 2009

KURSUS MENULIS SURAT RASMI

Hari ini aku balik lambat dekat pukul lima . Ada Kursus Penulisan Surat Rasmi. Walaupun selama ni kami satu sekolah dah biasa buat surat tapi sebenarnya kita tak tahu cara penulisan yang betul-betul ikut format dan pekeliling. Bila belajar sesuatu yang baru rasa banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Itu dah jadi perkara biasa. Bila kita menuntut ilmu maka banyak perkara yang baru kita pelajari sedangkan ada di antara perkara-perkara itu kita pernah pelajari. Jadi aku beranggapan bahawa proses pembelajaran itu harus diteruskan sampai bila-bila. Betullah, kita memang perlu menuntut ilmu sampai ke Negeri China. Aku rasa sangat bertanggung jawab pada semua guru-guru bahasa di sekolah aku atas ilmu yang masih banyak perlu ditimba. Jadi , aku sendiri perlulah berilmu kerana aku seorang KP. Hari ini aku sangat berpuas hati dengan kursus yang aku uruskan . Bagi aku satu permulaan yang baik dan aku berjaya menjalankan tugasan yang diberikan oleh BOS. Penat memang penat tapi bila perkara yang dirancang dapat berjalan dengan baik penat akan hilang sendiri.

BAHASA JIWA BANGSA...