Monday, February 21, 2011

hobi baru


hobi baru sekarang buat kuih muih untuk anak2 ...dah kurang sikit hobi menghenglish kan rumah dan mengumpul PML ...entah kenapa gian membuat apam ni menebal sukat dibendung dan akibatnya badanku juga yang seperti dipam mengepam dek apam ku itu he he he

Tuesday, February 1, 2011

AKTIVITI GURU SAINS SKNP1







Kami sama-sama menanam pokok-poko herba supaya pelajar-pelajar kenal dan dapat pegang, rasa , hidu sendiri spesisi herba yang semakin sukar ditemui...semoga apa yang dilakukan memberi manfaat kepada anak-anak didikku

Saturday, December 25, 2010

persiapan sekolah anak-anak

Asssalamualaikum ...dah lama sangat tak update blog cikgu nih... entry kali nih adalah berkisarkan persiapan anak-anak yang akan bersekolah semula 3 Januari 2011. Seperti biasa ibu bapalah pasti yang paling sibuk menyiapkan persiapan anak-anak . Sedikit tips dari saya yang tak seberapa ini.

susun kelengkapan ikut kepentingan sebelum membeli
contoh:

1. Buku tulis (mesti beli)
2. Alat tulis ( buat penambahan tak perlu beli terlalu banyak)
3. Pakaian sekolah ( Buat penambahan ) untuk murid baru ( mesti beli sekurang-kurangnya 3 pasang)
4. Kasut sekolah ( buat penambahan) kalau koyak beli baru
5. Beg sekolah ( kalau koyak baru beli )
6. Kitab (sekolah agama) kalau ada sepupu pinjam sahaja kalau tidak ada baru beli baru

Bayaran yang perlu disediakan
1. Bayaran sumbangan kepada sekolah
2. bayaran yuran sekolah agama
3. Duit bas sekolah
4. Daftar pengasuh ( anak kecil)

Nasihat dan dorongan yang paling penting untuk anak-anak:
1. Berikan 1000 nasihat kepada mereka supaya lebih semangat
2. Tanamkan azam yang tinggi supaya mereka bersungguh-sungguh untuk berjaya
3. Tanya kepada mereka apa yang ingin dicapai pada tahun 2011( contoh dapat 5A dalam peperiksaan )

Ok setakat ini yang teringat nanti kalau teringat lagi saya tambah yer....semoga list ini sedikit sebanyak membantu semua orang membuat persiapan termasuklah diri saya sendiri maklumlah BONUS pun tak ada imbuhan yang tak seberapa itu emmm ...tapi untuk warga FELDA tentu seronok setiap tahun ada BONUS ... mewah hidup orang FELDA kan berbanding mereka yang tinggal di bandar sara hidupnya lebih tinggi ... walaubagaimanapun bersyukur dengan apa yang ada dan dari sekarang perlu latih anak-anak supaya tidak perlu membuat pembaziran menggantikan semua barang2 sekolah dengan yang baru... bersederhana itu lebih baik daripada pembaziran. ok semoga anak-anak akan lebih bersemangat menuju tahun baru 2011.

Tuesday, December 7, 2010

20% off untuk item terpilih

wah ada diskaun lagi jom singgah
http://arinafauzi.blogspot.com
opss 3 hari saja

kalau minat FA datang sini
http://aliafauzicollection.blogspot.com/

Thursday, November 25, 2010

JUALAN CUTI SEKOLAH


jom singgah blog arina ada jualan sempena cuti sekolahhttp://arinafauzi.blogspot.com/

Sunday, November 21, 2010

cuti sekolah bermula

emmm...selamat malam semua...selamat bercuti kepada guru-guru seluruh Malaysia...ops tapi belum cuti kan... guru-guru ni kena stay seminggu di sekolah sebelum boleh bercuti itu belum lagi campur yang kursus... dan sebelum murid-murid naik sekolah nanti kami kena naik dulu...itu belum campur kemas kelas lah cat kelas dan macam-macam lagi...emmm itulah pengorbanan seorang guru ...walaubagaimana pun kami tetap komitmen demi anak bangsa ...

oh, malam ni nak cerita sikit tentang permohonan pindah sekolah aku yang telah berjaya...Allhamdulliilllah.... dekat sikiti dengan rumah dan tak perlu tunggu anak ku bersekolah agama....selalunya aku balik dekat pukul empat kerana menunggu anak ku balik sekolah agama...masa tu agak terhad untuk stay di rumah ....so terpaksa juga berpindah sekolah walaupun hati ku berat...apakan daya aku insan yang lemah ada kelemahan sendiri dan tak kuat untuk menempuh dugaan yang sedikit itu....eh apa lah pulak...so harap sekolah baru nanti memberi seribu kemanisan dalam hidup aku...InsyaAllah

Sunday, November 7, 2010

ARDINI KU SAYANG

Saya masih belum ada perasaan untuk menulis apa-apa artikel berikutan kesibukan di sekolah yang masih belum habis...semakin tahun 2010 sampai ke penghujung begitulah kami guru-guru terlalu sibuk untuk menghabiskan kerja-kerja 2010... pun begitu kerja-kerja 2011 telah menanti penglibatan kami...




sungguh begitu asyik perjalanan kerja seorang guru... terburu-buru, updated, dan semuanya mesti under dot... oh...pun begitu aku bersyukur aku masih dipanggil guru sehingga dan saat ini... begitu juga aku bersyukur kerana Arina mendapat 5A untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ini setelah puas ku piat-piat telinganya ...




aku cuma ingin dia belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik tidak kira apa juga peperiksaan yang diambil...


Dan ini aku titipkan foto-foto terbaru Ardini ku sayang...sekarang telah berusia 6 bulan ... Alhamdullillah dia semakin aktif dan sihat...syukron terima kasih atas doa kalian sahabat-sahabat blogger yang dihormati...





>


>

Wednesday, September 22, 2010

Tuesday, August 24, 2010

hari raya dah dekat

salam semua dah tinggal beberapa hari sajer lagi kita semua akan menyambut hari raya... dan di kedai2 alam maya banyak juga juaan untuk hari raya cuma kesabaran dan nafsu yang dapat mengawal... heh ehe heee macam2 ada di jual...godaan...tapi sedih tahun ni tak ada apa2 bonus pun...Ish teruk betul kan...harap gaji biasa jerk lah...nasib baik ada part time jualan adalah sikit2 masuk... boleh tampung duit raya nanti ...oklah kawan2 ct nak sambung study ...selamat bersahur...

Saturday, August 14, 2010

selamat berpuasa

salam semua selamat berpuasa kawan2 walaupun lewat mengucapkannya namum gagah jua ku update blog yang satu ini....persiapan hari raya juga sedang rancak dijalankan...walaupun cuti raya tahun ini cuma 3 hari sahaja memandangkan UPSR yang menjelma..semoga Ramadhan ini memberi erti dan ketabahan dalam aku mendidik anak2 ku berpuasa...Aminnnn

Sunday, July 25, 2010

tureen untuk zaza


tureen untuk zaza...comel tak

Thursday, July 22, 2010

kangkung part 2







Set kangkung yang hampir lengkap kenapa hampir lengkap??? sebab tureen tak der tutup ...senduk pun takder jugak...yang lain dah banyak cukup untuk wat kenduri ... heh ehe...

Wednesday, July 14, 2010

BARANG EG DARI KAK SU

SALAM SEMUA ...KALI NAK NAK TAYANG HADIAH EG YANG DAH BEBERAPA HARI JUGAK LAH SAMPAI...SAYA MEMANG TAK SEMPAT NA N3 DEK KESIBUKKAN MENGHABISKAN ASIGMENT YANG MELAMBAK...KALAU TAK CAYA CUBA TANYER KAK EIJA HE HE HE SIBUK KAN...KEKKKK
OK JOM LAYAN SET KANGKUNG DARI KAK SU TERATAK ANTIK...SEMUA CANTIK SAYA SUKA SANGAT TQ KAK SU...WALAUPUN SAYA ADA BANYAK KOLESI KANGKUNG TAPI DAPAT KANGKUNG LAGI SAYA TETAP SUKA SEBAB SAYA DAH GILER KANGKUNG... HE HE HE

Tuesday, June 15, 2010

BILA CIK CT MULA MELUKIS

Salam semua ari ni nak tunjuk beberapa hasil tangan ku yang keras dan kejung... he he asalnya beli set fa dari my Little cottage aku pun mulala menggatal nak menconteng ...tapi tak jugak jadik2..Ish susah jugak nak lukis roses ni yerk...jadi bunga KOBIS jek... oklah lah malas cerita meh tengok ...Jangan Ketawa kuat-kuat OK....mesti ada yang ketawa terbahak2 , ada cik Siti kisah... saya budak baru belajar nih... tetap ku kata shantek2...






Thursday, June 10, 2010

SI HITAM MANIS

Salam Jumaat semua hari ni tak der wat aper pun mengemas lagi dan lagi dan lagi...he he sementara tu menunggu signed yang di oder lum tiba tak sabar nak gantung... tapi sebelum tu kita citer pasal si hitam ni... he he budak hitam yang manis menawan kalbu tapi sayang tak cukup sifat...cawan ni ada 5 biji tapi 3 sajer yang complete sebab piring yang di beli dari eis antik ari tu pecah berderai...wahhhhh sedih tak cukup set ada juga nampak piring ari tu...tapi tak sempat rembat ada ke sesiapa yang ada piring lebih 2 biji meh lah roger2...he he
yang sebenarnya ari tu macam nak letgo set ni sebab give up piringnya pecah 2 biji tapi aku bangun semula mencari dan terus mencari entah apa2 lah n3 nya ...ok lah layan sajer picture yang tak baper mahir guna kamera cik abang yang baru tut...kedekut