Monday, October 26, 2009

lepas geram....

memang hilang geram ni dapat jugak siap umah ni sebelum nak mula wat asigment...tapi yang best cik abang yang tolong spray dia pun cam minat jerk....


Sunday, October 25, 2009

senduk dengan lampu pelita nyonya lah pulak






kali ni senduklah pulak jadi sasaran dapat tisu baru daripada Affen..

Tuesday, October 20, 2009

decoupage ku yang kedua



kali ni guna warna kuning pulak...moms tu versi jawa he he he...belum varnish pun...lambat kering hairdryer tak der lah so manuallah...tak per sabar...sabar...pergi buat asigment dulu...

Sunday, October 18, 2009

decal lagi

jumpa pinggan besar ni terus je beli and apa lagi tampal jer decal...
cantik jugak...

decoupage pertama ku



ini antara percubaab yang pertama buat tatapan kak muna...tak berapa cantik lah baru belajar...


Friday, October 16, 2009

kumpul decal dan mula projek

semua decal ni beli dekat kotaraya tingkat 3...dapatlah cikit sebelum sampai order yg baru...tisu dan kit decoupage pun dah sampai dari kak muna so apa lagi gianlah nak mulakan projek...
siap belo kotak baru lagi untuk simpan alatan decor ni...tapi boleh buat tempat duduk tau...



Thursday, October 15, 2009

NEW HOBBY


HA nilah hobi baru aku giler decor...sape nak kongsi meh lah tapi bagi pengeras ayam kampung golek sekor...he he he best tau tengok hasil tangan sendiri...

Monday, September 28, 2009

GAMBAR RAYA 2009

TEMA TAHUN INI MERAH MEMBARA......


Sunday, August 23, 2009

SELAMAT BERPUASA

RAMADHAN DATANG LAGI DAN SETIAP KALI DATANGNYA RAMADHAN HATI MENGATAKAN AKU MAHU TAMBAHKAN AMAL IBADAH KU DI BULAN YANG MULIA NI...
semalam abang ajak pergi terawih...
tapi badan rasa letih sangat ..ish syaitan tu semuanya..
yerlah hari kedua puasa mak mertua buka puasa dekat umah aku ...so semua family abang kumpul ...aku pun bertungkus lumus lah siapkan juadah berbuka...
dia punyer penat makan dua hari jugak...alasan jer tu...
tak per bang malam ni mama ikut abang gi terawih yer...
YA ALLAH KUATKAN LAH IMAN HAMBA MU NI...

Saturday, August 15, 2009

Anti V H1N1




Anti V H1N1 adalah prophylaxis pencegah jangkitan H1N1 yang dibuat secara kaedah homethy. Dihasilkan dari Sucrose yang dipotensi dengan Orthomyxoviridae code (code virus influenza A strain H1N1), Rhus tox dan Influenzinum.

Rhus tox dan Influenzinum adalah penawar Homeopathy atau prophylaxis yang berkesan untuk mencegah jangkitan Spanish Flu atau Influenza A, yang telah meragut nyawa hampir 100 juta nyawa manusia pada tahun 1918 hingga 1919. Prophylaxis Anti V H1N1 meransang sistem imunity badan menghasilkan anti body bagi virus H1N1 dan seterusnya menghalang jangkitan H1N1 insyaallah.

Anti V H1N1 adalah suci dan tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan biologi. Ia tidak meninggalkan kesan sampingan dan selamat digunakan oleh kanak-kanak atau wanita hamil.

KANDUNGAN
Sukrose
Rhus tox
Influenzinum
Orthomyxoviridae H1N1 code

Cara Penggunaan
1 tablet Anti V H1N1 dikisip diatas lidah setiap 2 hari sekali sepanjang berlakunya pendamik H1N1. Jangan makan atau minum 10 minit selepas atau sebelum makan.

kandungan minimum 50 tablet.

diformulasi oleh Dr Mumazaini Misri, seorang Perunding Pengamal Perubatan Homeopthy berpengalaman lebih 20 tahun, setiausaha Persatuan Pengamal Sains Perubatan Homeopathy Johor. Beliau juga merupakan Perunding Bruce Copen Laboratory co. UK dan pensyarah jemputan Open International University, Colombo dan Kolej Sains Perubatan Homeopathy Selatan Malaysia.

PERINGATAN !!
Prophylaxis Anti V H1N1 tidak berkesan bagi pengidap HIV, AIDS, Hepatitis dan mereka yang sedang mengidap sakit yang serius.
RM50.00
HALAL PRO TRADING & SERVIS

Inilah ubat yang abang aku hantar pada adik beradik aku sekitar JB... Dia sayangkan adik beradik dia so apa yang dia dapat untuk mencegah dia pun hantar pada kami sekeluarga jugak. Insyaallah kita kena yakin dengan apa juga yang kita buat...Semoga ikhtiar ini menjauhkan kita dari segala penyakit yang membawa maut.

Saturday, July 25, 2009

sakit mata and sakit gigi


aduh....bulan ni banyak sangat penyakit yang menimpa..mula-mula abah kena sakit gigi lepas tu apa lagi cabut jerlah....lepas tu alia pulak kena sakit mata...alia belum baik sakit mata mama pulak sakit nak tumbuh gigi...graham bongsu lah konon..adushhhhhhhhhhh ...sakit giler... makan ubat pun tak jalan ...kata orang umur makin lanjut ...tanda dah tua...graham bongsu dah tumbuh... doktor kata kena cabut jugak sebab tak de fungsi pun kalau ada... tapi aku tak kisah yang penting aku tak menahan sakit...bengkak gusi sapa boleh tahan.... tapi nak kena cabut????? alamak lagilah aku takut.... tunggulah seminggu lagi....

PERTANDINGAN KOIR AND MEWARNA TADIKA




Arina dapat masuk koir wakil tadika al-umah 7 alia masuk pertandingan mewarna....tapi tak menang pun....coz mama tak teman kot...sorry sayang mama ada kelas....tak per tahun depan cuba lagi,,...tapi koir dapat nombor 2 daripada 2 pasukan ...he he he dapat jugak piala...

ALIA BIRTHDAY 6/7/2009


Cerita dah lewat nak masuk bulan lapan baru dapat edit post...sibuk sangat lately ni...tak per asalkan jadi kenangan...Birthday adik yang ke 4 ....semoga adik semakin pintar macam mama...kuak kua...dan semakin banyak membebel macam mama jugak...

Saturday, July 4, 2009

RONDA NUSAJAYA







Cerita dah basi masa cuti sekolah hari tu ronda Nusajaya syok jugak motoran....cantik NUSAJAYA... Tapi nanti sibuklah kawasan sini...

Ajar KH








Berkebun di sekolah... itulah kerja cikgu KH.. budak-budak pun bukan main seronok sangat dapat pegang cangkul , and yang diaorang suka sangat tu pegang tanah... he he he dok tingkat 16 lah katakan mana nak jumpa tanah... sesekali bawak diaorang tanam pokok bukan main enjoy sangat tapi cikgu dialah penat sikit....