Tuesday, May 26, 2009

PERSANDINGAN GURU

cikgu ain naik pelamin lagi....



HA... PERASAN LAGI LAH AKU NAMPAKNYA..
DOK ATAS PELAMIN ORANG BERSARA AND APA LAGGI POSINGLAH...
PENAT TUH BUAT PELAMIN... KEMAS DEWAN... LASTLY MESTILAH AKU YANG POSING MAUT...
HE HE HE HE JANGAN MARAH YER ABANG ... SESAJER BERANGAN...ini masa GPK 1 aku bersara...so kita kena ambil peluang yang ada ... - Fotopages.com bila lagilah nak melaram...FLOWER GIRL - Fotopages.com

Tuesday, May 19, 2009

sambutan hari guru

Sambutan hari guru yang ala kadar untuk guru-guru yang sentiasa sibuk... well macam mana pun tetap enjoy dapat menyanyi di hari guru..i'm proud to be a teacher...

Sunday, May 3, 2009

SEMPENA HARI IBU DAN HARI BAPA


Wahai SUAMI.... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat is teri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH....
Amin


Wahai ISTERI pula...
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkah winan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Ya Allah..Setiaku pada cinta hanya satu. Sayangku dan kasihku hanya untuk dia yang kucinta. Oh Tuhan berikanlah aku hidup hingga aku dapat menjaga dirinya, selalu bersamanya seperti apa yang diimpikannya. Ya Allah... berikanlah aku tubuh badan yang sihat agar aku kan selalu menjaganya.Takkan aku sakiti dia... Ya Allah, hukumlah aku bila terjadi... Dia terlalu istimewa buatku dan aku tak sanggup kehilangan dia... Tapi andai Tuhan mengambil diriku darinya, dan aku tidak lagi menjaga dirinya... biarlah Allah sentiasa melindungi dirinya walau dimana dia berada... Cintaku padanya sampai kumenutup mata... Cinta ke akhir hayat...

Monday, April 27, 2009

Dapat naza motor sempena MSAM



alhamdulillah memang rezeki abang lah dapat jugak motor ... lagi pun sempena birthday abang kot... he he he...so mama cadangkan abang order flat sama ngan keta kita 5949... baru betul tu...nombor tu yang bolehkan abang dapat motor baru...so kita tunggu jerlah muka kita kat paper... Alah Syam aku tahulah ko pun nak ikut gak dok dalam dewan semalam.. he he he..
MOTOR DULU KALA

MOTOR LAGI DULU PUN ADA rxz DAH PENUH UMAH NAK PARKING MOTOR... TAPI SEMUA I TAK RETI BAWAK PEHHHHHHHHHH

Saturday, April 18, 2009

ANAK MENANTU CIKGU

HAI LAMA TAK CITER KAT SINI.... LETIH SANGAT...DAH HABIS EXAM BARU RASA LEGA... TAPI BADAN NI TAK BERAPA SEDAPLAH... KALAU DAPAT URUT NI LAGI SEDAP... TAPI TAK SEMPAT... KESIAN MAK NAK BALIK KAMPUNG PUN TAK SEMPAT.... NAK BUAT MACAM MANA DULU MAK JUGAK YANG NAK ANAK MAK NI JADI CIKGU... ZAMAN SEKARANG CIKGU TAK ADA YANG BALIK CEPAT MAK OI.... CUTI PUN TAK LAH PANJANG MANA....SO MAK KENA LAH SABAR BANYAK2 KALAU UMAH MAK TAK ADA YANG BALIK SEBAB ITU PUN PILIHAN MAK JUGA NAK SEMUA ANAK DAN MENANTU MAK JADI CIKGU...HE HE HE...

Wednesday, April 1, 2009

Pelbagaikan gambar

syok jugak main edit-edit gambar ni... tapi kalau banyak masa lagi banyak boleh buat...

Saturday, March 28, 2009

BANYAKKAN MEMBACA


Galakkan anak kita membaca dari dalam perut lagi...
Zaman sekarang membaca sangat penting... Tak tahu membaca tak mampu menulis ...TAPI orang tak tahu membaca dan menulis tahu mengira... Ingat galakkan anak-anak kita membaca... MEMBACA JAMBATAN ILMU

Saturday, March 14, 2009

buzzzzzzzzzz

lama tak updat buzzzzzzzzzz sangat ..
but still happy ...

Tuesday, March 3, 2009

Demam ChikenPOX

ha sedihnya anak dara aku dua orang kena demam chiken POX.. Habis satu badan semua naik... muka pun habis... dok merawat siang dan malam... sampai emak bapak pun jadi tegang juga... sebab masing-masing risau kan anak yang dok merengek jer... Yerlah demam ni mananyer baik 2-3 hari... Paling cepat pu 2 minggu...Kesian anak mama... Yerlah benda tu gatal and miyang... So bukaklah aircond 24 hours... Mama pun amiklah cuti MC and CRK... Ari isnin abah pulak cuti... So mama tinggal kan budak-budak ngan abah dia... Aku pun mintalah cRK untuk esok ... Balik jer dari sekolah aku tengok anak-anak aku dah kemas beg ,,.. Nak pergi umah nenek... Ih... buatpelah pulak nak pergi umah nenek dia ... aku dah elok amik cuti... Abah diaorang nilah sibuk sangat nak hanta budak2 kat KOTA tu... Aku tak boleh tido malam tu... Bengkak mata menangis sebab anak aku dihantar umah nenek diaorang... EHHHHH geram sangat kat abah dia ni... Tak paham langsung perasaan seorang ibu ... Suka-suka jer nak tinggal anak-anak tu kat kampung...Oh... Kakak dengan adik ... mama RINDU sangat... mama bosan lah dok umah ngan abah ni... Sunyi jer umah ni... budak dua tu tak der... Tapi yang paling sedih nya lagi bila nenek diaorang kata amik 13.3.2009 nanti.. Ya ALLAH ... Tuhan jerlah tahu perasaan aku ni... Entahlah kalau suami yang tak der kat umah tu aku tak pernah pulak rasa macamni... Ya Allah Tabahkanlah hati aku ni....

Sunday, February 22, 2009

Kenangan 1997-1998

Hai... malam ni saja bosan buat asigment... so dok syok scan buku.. . jumpa pulak kad asrama ni... zaman aku sekolah form 4/5... masih cantik lagi kad ni... ini jerlah kenang-kenangan ... Kelakar jer tengok muka dulu2... Tapi zaman tu memang seronok sangat tak lah macam sekarang ni tension banyak sangat kerja... dekat sekolah ... dulu belajar dekat sekolah cikgu yang banyak kerja .. tapi sekarang aku pun dah join cikgu2 aku dulu... sibuk jugak... Itulah berkorban apa saja... cikgu ni memang lilin... tapi aku berdoa jerlah... semoga apa yang dikorbankan ini dapat keberkatan dunia dan akhirat... memang dunia teruk sikit tapi kita tak tahu apa yang mungkin kita akan terima di akhirat kelak.. yerlah manalah tahu anak2 murid kita tu selalu doakan kita... terkenangkan jasa2 yang dah kita bagi pada diaorang macam aku ni tetiba jer teringatkan cikgu2 kat SMVK.. Semua cikgu2 aku memang best... Tapi tak tahulah pulak tahap ketensionan mereka masa ajar aku... Well i love u all my teacher...Sayang SOKMO...

Thursday, February 19, 2009

Tiga produk pelangsing beracun


PUTRAJAYA: Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan membatalkan pendaftaran tiga produk tradisional pelangsingan badan kerana dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Eisah A. Rahman, berkata produk terbabit ialah Slimway Herbs, BMI-9 Xylimming Day Capsule dan BMI-9 Xylimming Night Capsule.

Katanya, penggunaan Sibutramine tidak dibenarkan dalam ubat tradisional kerana bahan itu hanya boleh dibekalkan menerusi nasihat doktor.





Takut juga baca berita ni.... aku pun ada ambil jamu ni... he he he

Sunday, February 15, 2009

Ubat Batuk...

Wah...tinggal 2 minggu jerlagi nak hantar assigment ... aduh... aku tak pernah lah pulak wat kerja last minit cam ni... 3 assigment nak siapkan dalam masa dua minggu... sempat ker... dah lah tak lama lagi nak ujian sekolah... kena wat soalan siap ngan JSU pulak tu... aduh... peninglah...
Ish aku dah cuba bahagikan masa... tapi tak jadi juga... Nampaknya kena planning lagi lah... Bagi cantik dan teratur sikit... Masalahnya aku pun tak bape sihat... dah 3 minggu batuk tak baik-baik... Penyakit apa pulak agaknya... Tapi yang paling best pergi klinik kena RM75 ... ubat batuk, antibiotik, ubat sakit tekak... tapi ubat tu untuk 4 hari jer... Pun tak baik juga... Ingat ubat mahal cepat sembuh... Takperlah aku dah penat nak pergi klinik masuk ni dah 3 klinik aku pergi nampaknya kena guna cara lama jugak... minum air asam jawa dengan perah limau... manale tahu menjadi...

Wednesday, February 4, 2009

KURSUS MENULIS SURAT RASMI

Hari ini aku balik lambat dekat pukul lima . Ada Kursus Penulisan Surat Rasmi. Walaupun selama ni kami satu sekolah dah biasa buat surat tapi sebenarnya kita tak tahu cara penulisan yang betul-betul ikut format dan pekeliling. Bila belajar sesuatu yang baru rasa banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Itu dah jadi perkara biasa. Bila kita menuntut ilmu maka banyak perkara yang baru kita pelajari sedangkan ada di antara perkara-perkara itu kita pernah pelajari. Jadi aku beranggapan bahawa proses pembelajaran itu harus diteruskan sampai bila-bila. Betullah, kita memang perlu menuntut ilmu sampai ke Negeri China. Aku rasa sangat bertanggung jawab pada semua guru-guru bahasa di sekolah aku atas ilmu yang masih banyak perlu ditimba. Jadi , aku sendiri perlulah berilmu kerana aku seorang KP. Hari ini aku sangat berpuas hati dengan kursus yang aku uruskan . Bagi aku satu permulaan yang baik dan aku berjaya menjalankan tugasan yang diberikan oleh BOS. Penat memang penat tapi bila perkara yang dirancang dapat berjalan dengan baik penat akan hilang sendiri.

BAHASA JIWA BANGSA...

Tuesday, February 3, 2009

BOIKOT


cartoon kegemaran anak-anak aku...Biasanyer baju ., botol susu.. apa-apa jer lah ada kartoon ni tapi sekarang dah tukar
... he he anak-anak pun macam paham pulak boikot ni... so sekarang aku kena cari barang-barang yang ada Upin dan Ipin pulak lah... tapi last week dah belikan baju tido untuk diaorang ...

Monday, February 2, 2009

Pergi Memancing satu family


Cuti Tahun Baru Cina kami pergi memancing dekat Sungai Melayu... dekat sangat dengan sekolah abah... Seronok sangat ... budak2 pun suka... Arina and Alia bukan main lagi bergaya pegang joran... Tapi yang paling besat joran mama jugak naik ikan dulu... Tapi ada jugak yang tak besat asyik naik ikan buntal jer... tapi sesi hari tu mamalah terror joran mama asyik dapat ikan jer... Peh .. bengang jer abah... Baru dia tahu mama ni pun terror mancing , cuma malas tunjuk skill jer...he he... Lepas ni tunggulah dia asal dia bawak joran jer semua mesti nak ikut punyer....he he he